“MasterChef Oat Cereal Drink”

“MasterChef Oat Cereal Drink”is made from a mixture of the finest quality, healthy and wholesome ingredients available throughout the world today.. More »

Tahukah Anda Khasiat Oat?

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari? More »

Pengedar Dikehendaki

Kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar sila hubungi kami di :- Lagenda Utara Sdn. Bhd. No.73, Tingkat 1, Legenda 1, Legenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. More »

Kepada Pengedar Dapatkan Biz Kad Anda Hari Ini...

Kepada pengedar yang berminat untuk dapatkan biz kad sila hubungi kami untuk membuat tempahan. More »

New Product - DASTO

Our products are great for everyone! Try DAS products now for an exotically healthy and delicious meal. Did You Know? More »

 
Biz Card

Kepada Pengedar Dapatkan Biz Kad Anda Hari Ini…

Kepada pengedar yang berminat untuk dapatkan biz kad sila hubungi kami untuk membuat tempahan.

Lagenda Utara Sdn. Bhd.
No.73, Tingkat 1, Legenda 1, Legenda Heights,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
 
PIC : Zuhaizar Bin Abdul Karim
HP No. : 012-485 0546
Tel/Fax No. : 04-421 1443
Email : zuhaizar@lagendautara.com

 

shakehand

Pengedar Dikehendaki

 

 

Kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar sila hubungi kami di :-

Lagenda Utara Sdn. Bhd.
No.73, Tingkat 1, Legenda 1, Legenda Heights,
08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
 
PIC : Zuhaizar Bin Abdul Karim
HP No. : 012-485 0546
Tel/Fax No. : 04-421 1443
Email : zuhaizar@lagendautara.com
halfest-logo-01

Halfest 2012

 

 

Kami berterima kasih kepada semua selebriti serta pengujung Halfest 2012 kerana memberi sokongan kepada produk Masterchef.

 

 

Oat5

Tahukah Anda Khasiat Oat?

Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?

Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.

Ia bermula pada tahun 1854 apabila Raja Oatmeal Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.

Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat. Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!

Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.

Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!

“MasterChef Oat Cereal Drink”

 
 
“MasterChef Oat Cereal Drink”is made from a mixture of the finest quality, healthy and wholesome ingredients available throughout the world today.Our Cereal Drink is blended together with the best cereal grains such as oats, wheat, corn, soya bean and rice  which on their own, possesses loads of nutrients good for our body to come up with a perfect blend which is not just healthy and nutritious but also simply delicious.
Excellent companion for the busy executives on the go, the health-conscious, those watching their diets, the elder and the youngsters. In short, its a complete nutritious beverage perfect for everyone.MasterChef Cereal Drink.It is significantly good!